Thursday, 6 November 2014

KEM MOTIVASI DAN JATI DIRI -> KOLEJ KOMUNITI MUAR (YPJ)




Seramai 40 orang pelajar Tahun Pertama KOLEJ KOMUNITI MUAR (YPJ) telah  menyertai kem motivasi dan jati diri  yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Muda Daerah Pontian baru-baru ini bagi membantu mereka mempersiapkan diri untuk menghadapi hari-hari mendatang di IPT tersebut dan meningkatkan tahap sahsiah mereka sekaligus memupuk jati diri yang utuh..

Kem motivasi  yang dijalankan  selama tiga hari dua malam itu bertujuan membekalkan para siswa dan siswi KOLEJ KOMUNITI MUAR tersebut dengan tip-tip pembelajaran berkesan, mewujud sifat kepimpinan, mengawal emosi, memasang impian dan memantapkan kerohanian mereka untuk mencapai kehidupan yang terbaik dalam diri mereka serta memberi motivasi agar mereka bersedia dengan apa jua yang bakal mereka tempuh dalam hidup ini.
Pihak KASIH CMT telah diberi kepercayaan oleh Persatuan Belia Muda Daerah Pontian bagi mengendalikan kem tersebut. Seramai 8 orang fasilitator  telah terlibat sama bagi menjayakan program yang diadakan di KEM DAYANG, PEKAN NENAS PONTIAN JOHOR pada 24,25 dan 26 Oktober 2014 baru – baru ini.

Turut hadir pada majlis penutupan program tersebut adalah Pengurus Kasih Consultant Motivation Training, En. Abdul Muhaimin berkata, setiap dari kita mempunyai kelebihan 
masing – masing, akan tetapi terkadang kita tidak sedar dan tidak pandai menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh ALLAH swt kepada kita. Justeru itu, sudah menjadi tanggungjawab KASIH CMT untuk membantu siswa dan siswi yang terlibat untuk menunjukkan kaedah dan mengeluarkan bakat atau kelebihan yang ada pada diri seseorang itu untuk meneruskan kehidupannya dan untuk memperolehi kehidupan yang lebih baik.
















PROGRAM HEALTH TALK “ Dementia/ Alzheimer”









 Menghadiri Program Health Talk “ Dementia/ Alzheimer”

KASIH CMT diundang oleh pihak JOBADA untuk turut serta didalam Program Health Talk “ Dementia/ Alzheimer. Program ini merupakan program anjuran JOBADA yang bertujuan untuk memperkenalkan kepada umum tentang penyakit yang berkaitan dengan daya ingatan yang disebabkan oleh kematian sel- sel otak secara abnormal.  Program ini juga memberi pendedahan bagaimana cara untuk mencegah dan merawati pesakit Alzheimer ini.

Program ini merupakan program yang pertama dianjurkan oleh JOBADA sejak mendapat perhatian media dan masyarakat yang ingin lebih tahu dengan lebih lanjut tentang penyakit ini.

Konsep riadah santai ini juga diketengahkan untuk menarik perhatian pengunjung kerana acara- acara kerohanian dan kekeluargaan turut diselitkan bagi memberi kesedaran  pada umum. 








LAWATAN AMAL KE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN






Lawatan ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan ini merupakan program anjuran KASIH CMT bertujuan untuk menyampaikan sumbangan berbentuk beras dan wang tunai yang diterima dari NGO dan juga individu bagi membantu mengurangkan beban tanggungan warga Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan. Selain daripada itu, program lawatan ini digerakkan atas dasar keprihatinan kepada warga emas dan juga memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli KASIH CMT.


Program ini merupakan program kali kedua yang dianjurkan oleh KASIH CMT sejak ianya ditubuhkan. Lawatan KASIH CMT  ke pusat jagaan warga emas ini adalah sebahagian  daripada aktiviti- aktiviti  kemasyarakatan yang dijalankan KASIH CMT bagi mengekalkan dan mengukuhkan program- program KASIH CMT.