Thursday, 6 November 2014

KEM MOTIVASI DAN JATI DIRI -> KOLEJ KOMUNITI MUAR (YPJ)




Seramai 40 orang pelajar Tahun Pertama KOLEJ KOMUNITI MUAR (YPJ) telah  menyertai kem motivasi dan jati diri  yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Muda Daerah Pontian baru-baru ini bagi membantu mereka mempersiapkan diri untuk menghadapi hari-hari mendatang di IPT tersebut dan meningkatkan tahap sahsiah mereka sekaligus memupuk jati diri yang utuh..

Kem motivasi  yang dijalankan  selama tiga hari dua malam itu bertujuan membekalkan para siswa dan siswi KOLEJ KOMUNITI MUAR tersebut dengan tip-tip pembelajaran berkesan, mewujud sifat kepimpinan, mengawal emosi, memasang impian dan memantapkan kerohanian mereka untuk mencapai kehidupan yang terbaik dalam diri mereka serta memberi motivasi agar mereka bersedia dengan apa jua yang bakal mereka tempuh dalam hidup ini.
Pihak KASIH CMT telah diberi kepercayaan oleh Persatuan Belia Muda Daerah Pontian bagi mengendalikan kem tersebut. Seramai 8 orang fasilitator  telah terlibat sama bagi menjayakan program yang diadakan di KEM DAYANG, PEKAN NENAS PONTIAN JOHOR pada 24,25 dan 26 Oktober 2014 baru – baru ini.

Turut hadir pada majlis penutupan program tersebut adalah Pengurus Kasih Consultant Motivation Training, En. Abdul Muhaimin berkata, setiap dari kita mempunyai kelebihan 
masing – masing, akan tetapi terkadang kita tidak sedar dan tidak pandai menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh ALLAH swt kepada kita. Justeru itu, sudah menjadi tanggungjawab KASIH CMT untuk membantu siswa dan siswi yang terlibat untuk menunjukkan kaedah dan mengeluarkan bakat atau kelebihan yang ada pada diri seseorang itu untuk meneruskan kehidupannya dan untuk memperolehi kehidupan yang lebih baik.
















PROGRAM HEALTH TALK “ Dementia/ Alzheimer”









 Menghadiri Program Health Talk “ Dementia/ Alzheimer”

KASIH CMT diundang oleh pihak JOBADA untuk turut serta didalam Program Health Talk “ Dementia/ Alzheimer. Program ini merupakan program anjuran JOBADA yang bertujuan untuk memperkenalkan kepada umum tentang penyakit yang berkaitan dengan daya ingatan yang disebabkan oleh kematian sel- sel otak secara abnormal.  Program ini juga memberi pendedahan bagaimana cara untuk mencegah dan merawati pesakit Alzheimer ini.

Program ini merupakan program yang pertama dianjurkan oleh JOBADA sejak mendapat perhatian media dan masyarakat yang ingin lebih tahu dengan lebih lanjut tentang penyakit ini.

Konsep riadah santai ini juga diketengahkan untuk menarik perhatian pengunjung kerana acara- acara kerohanian dan kekeluargaan turut diselitkan bagi memberi kesedaran  pada umum. 








LAWATAN AMAL KE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN






Lawatan ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan ini merupakan program anjuran KASIH CMT bertujuan untuk menyampaikan sumbangan berbentuk beras dan wang tunai yang diterima dari NGO dan juga individu bagi membantu mengurangkan beban tanggungan warga Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan. Selain daripada itu, program lawatan ini digerakkan atas dasar keprihatinan kepada warga emas dan juga memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli KASIH CMT.


Program ini merupakan program kali kedua yang dianjurkan oleh KASIH CMT sejak ianya ditubuhkan. Lawatan KASIH CMT  ke pusat jagaan warga emas ini adalah sebahagian  daripada aktiviti- aktiviti  kemasyarakatan yang dijalankan KASIH CMT bagi mengekalkan dan mengukuhkan program- program KASIH CMT. 

Sunday, 6 July 2014

PROGRAM KEM MOTIVASI JATI DIRI & QIAMULLAI


Seramai 50 pelajar Sekolah Rendah Agama Husni Amal di Johor menyertai Kem Motivasi Jati Diri & Qiamullai bagi mempertingkat ilmu dan motivasi mereka serta pembentukan sahsiah yang berkualiti.

Program dua hari satu malam ini telah dikendalikan oleh syarikat Kasih Consultant Motivation Training (Kasih CMT) dengan kerjasama Sekolah Rendah Agama Husni Amal. Pengurus syarikat Kasih CMT En. Abdul Muhaimin  berkata ini kali pertama program seumpananya diadakan di sekolah ini.

"Mendidik anak jangan sesekali menggunakan perkataan kesat ataupun mengherdik mereka tetapi mendidiklah dengan penuh kasih sayang dan kata-kata yang baik kerana kata-kata itu satu doa",katanya kepada ibubapa yang turut hadir di dalam majlis penutupan.

Menurut guru besar sekolah tersebut iaitu Ustaz Rahim, beliau berkata ibubapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mereka selain mengharapkan guru di sekolah yang hanya bersama-sama dengan pelajar hanya beberapa jam sahaja.





PENGENALAN

KASIH CONSULTANT MOTIVATION TRAINING (KASIH CMT) ditubuhkan pada 30 Disember 2013 dan telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dengan no. pendaftarannya JM0684502-A. Ia telah diasaskan oleh saudara Abdul Muhaimin Bin Yahya (ACADEMY FACILITATOR GROUP KIPSAS) yang juga selaku pengurus syarikat.

KASIH CMT  menyediakan perkhidmatan berunsurkan Motivasi, Kaunseling, Team Building, Seminar, Latihan dan Pengurusan Acara khusus untuk badan-badan kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan institusi-institusi pendidikan serta pertubuhan/persatuan. KASIH CMT beroperasi di No.5A Jalan Pulai Flora 1/9, Taman Pulai Flora 81300 Skudai Johor Bahru. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian: 013-7741514 (En.Muhaimin).

Di antara modul-modul program yang telah direka dan dilaksanakan oleh KASIH CMT adalah seperti:

1) Program Jati Diri
2) Program Motivasi Belajar
3) Program Smart Solat/Smart Ibadah/Pengurusan Jenazah
4) Program Kepimpinan
5) Program Pemantapan Akhlak
6) Program Muhasabah Diri
7) Program Teambuilding
8) Program Mengenali Personaliti Diri
9) Program Kerjaya/Karnival
10) Program Khas UPSR, PMR dan SPM
11) Program Pemantapan Rohani

Kami mensasarkan program-program ini kepada pelajar-pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar universiti, staf dan seluruh lapisan umur.

KASIH CMT telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan beberapa program motivasi sama ada berbentuk ceramah, modul program, Team Building dan khidmat kaunseling di beberapa sekolah, rumah orang – orang tua, IPTA/IPTS dan beberapa syarikat swasta.

KASIH CMT bertekad untuk maju ke hadapan dengan memperbaharui modul-modul mengikut arus semasa agar intipatinya sentiasa memenuhi kehendak masyarakat.

ORGANISASI SYARIKAT

PENASIHAT
NORHAYATI BINTI MOHD NOOR
Ijazah Sarjana Muda Kaunseling
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Kaunselor Berdaftar, Lembaga Kaunselor Malaysia

PENGURUS
ABDUL MUHAIMIN BIN YAHYA
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bimbingan Dan Kaunseling
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

 
SETIAUSAHA
MOHD FIRDAUS BIN OTHMAN
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bimbingan Dan Kaunseling
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

PEGAWAI KEWANGAN / BENDAHARI
SITI ROHAIDA BINTI MD RAHMAN
Diploma Fisioterapi
Universiti Institut Teknologi Mara (UITM)

PEGAWAI PEMASARAN
MOKHTAR BIN MUHAMAD
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bimbingan Dan Kaunseling
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

PEGAWAI LOGISTIK
MUHAMMAD FIRDAUS BIN NORHADI
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bimbingan Dan Kaunseling
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
 
PEGAWAI ICT
SITI NURSHAFIRA BT MOHD RIDHWAN
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bimbingan Dan Kaunseling
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
 
PEGAWAI PENYELARAS
HAIRUL RAZIQ BIN TUPANI
Diploma Pendidikan Islam
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)