Seramai 50 pelajar Sekolah Rendah Agama Husni Amal di Johor menyertai Kem Motivasi Jati Diri & Qiamullai bagi mempertingkat ilmu dan motivasi mereka serta pembentukan sahsiah yang berkualiti.
Program dua hari satu malam ini telah dikendalikan oleh syarikat Kasih Consultant Motivation Training (Kasih CMT) dengan kerjasama Sekolah Rendah Agama Husni Amal. Pengurus syarikat Kasih CMT En. Abdul Muhaimin berkata ini kali pertama program seumpananya diadakan di sekolah ini.
"Mendidik anak jangan sesekali menggunakan perkataan kesat ataupun mengherdik mereka tetapi mendidiklah dengan penuh kasih sayang dan kata-kata yang baik kerana kata-kata itu satu doa",katanya kepada ibubapa yang turut hadir di dalam majlis penutupan.
Menurut guru besar sekolah tersebut iaitu Ustaz Rahim, beliau berkata ibubapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mereka selain mengharapkan guru di sekolah yang hanya bersama-sama dengan pelajar hanya beberapa jam sahaja.

No comments:
Post a Comment